Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Iraq, pasukan sukarelawan Sunni-Syiah dan para pejuang Kurdis telah melancarkan operasi untuk membebaskan Mosul yang merupakan sebuah bandar utama Iraq yang jatuh ke tangan kumpulan pengganas Daesh pada tahun 2014. Kebanyakan pemerhati percaya bahawa pembebasan Mosul adalah petanda kekalahan kumpulan pengganas itu di Iraq.
Menurut seorang penganalisis yang bercakap kepada agensi berita Presstv, pasukan bersenjata Iraq perlu memastikan bahawa Daesh dimusnahkan secara kekal. Di samping itu, mereka juga perlu mengambil langkah yang perlu untuk memastikan para pengganas tidak mampu untuk menjadikan Mosul sebagai pangkalan mereka semula. "Menurut pendapat saya, para pejuang Iraq patut dipuji ke atas kerja-kerja mereka yang cemerlang khususnya berkaitan dengan kempen mereka dalam membebaskan Mosul," kata beliau.
Menteri luar Iraq, Ibrahim al-Jaafari telah menggariskan betapa pentingnya pertempuran yang sedang berlangsung sekarang dalam rangka merampas kembali bandar utara Iraq yang strategik itu sambil berkata bahawa negara Iraq sebenarnya sedang mempertahankan 'seluruh' dunia daripada malapetaka yang dibawa oleh kumpulan pengganas Takfiri.
Kelly mengiktiraf kenyataan yang dibuat oleh Jaafari sebagai sesuatu yang tepat sambil menerangkan bahawa para pengganas dari seluruh dunia sedang bertempur di Mosul sekarang.
Bekas kontraktor NSA itu juga menyatakan kerunsingan beliau ke atas penglibatan A.S di dalam operasi tersebut dengan mengatakan bahawa kerajaan Washington seakannya mahu membenarkan para pengganas Takfiri untuk berundur dari Mosul dan berkumpul semula di Syria.
Bekas kontraktor NSA itu juga menyatakan kerunsingan beliau ke atas penglibatan A.S di dalam operasi tersebut.
Iraq Perlu Basmi Daesh Di Mosul: Penganalisis.
19 Oktober 2016 - 14:09
News ID: 786522
Tentera Iraq, pasukan sukarelawan Sunni-Syiah dan para pejuang Kurdis telah melancarkan operasi untuk membebaskan Mosul yang merupakan sebuah bandar utama Iraq yang jatuh ke tangan kumpulan pengganas Daesh pada tahun 2014.